-
Kursus Cantum Getah @ Ladang MCare
Selain daripada mencantum getah, kursus ini telah mendedahkan Orang Asli kepada cara bercucuk tanam dengan teknologi SALT. Teknologi ini mudah dikendalikan, memerlukan kos rendah dan sesuai digunakan untuk pertanian di kawasan yang berbukit-bukau. -
Lawatan MCare ke kebun Hulu Langat
Malaysian Care melawat kebun-kebun kami di Hulu Langat dan memberi nasihat sementara mencari lebih peluang bekerjasama memajukan Orang Asli. -
Mesyuarat Pertama dengan Malaysian Care
Mesyuarat ini adalah untuk mencari peluang kerjasama antara Jubilee Hulu Langat dengan Malaysian Care dalam bantuan kepada Orang Asli.
Hadir:
(Malaysian Care) Young Soon, Kiah-Hui, Mey Fong
(Jubilee Hulu Langat) Chris, Jane, Darren, Siew Yee -
Terima Cek Untuk Skim Pinjaman Kecil KPK
Syarikat Baxter Menyumbang RM5000 kepada perlaksanaan Skim Pinjaman Kecil KPK. -
Ceramah @ Ongkil
Ceramah tentang Koperasi di Ongkil bersama Adidas & Alang. 10 Orang Asli hadir. -
Syarikat GGS melawat Hulu Langat
Syarikat GGS melawat Hulu Langat. Sumbangan mereka adalah baja organik percuma untuk Orang Asli. Skim Simpanan Baja diciptakan untuk menolong Orang Asli menabung. Ahli KPK menabung RM40 untuk mendapat baja organik 25kg. Syarikat GGS akan hadir untuk pelancaran KPK pada 20/4/2013 untuk memberi tunjuk ajar memakai baja organik mereka. -
Kursus Koperasi I
17 orang asli hadir.
Kursus ini telah merangkumi topik-topik berikut:
* Sambungkan titik dengan 4 garis - Fikir di luar kotak
* Berapa segiempat? - Terima pandangan semua orang
* Punca-punca kemiskinan
* Lukiskan impian -
Kursus Koperasi II
20 orang asli hadir. Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari dilantik.
Kursus ini telah merangkumi topik-topik berikut:
* Imbas kembali Kursus I
* Tali panjang - pakai semua sumber
* Simpanan - sedikit bergabung menjadi banyak
* Badjet Peribadi - Mengenal wang keluar dan masuk peribadi
* Mengatur Pencungkil Gigi - Daripada huru-hara kepada sesuatu yang indah
* Perlantikan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari -
Pertemuan Pertama dengan KKR
Hadir: Kiah-Hui, Mey Fong, Paul Sinappan & Darren.
Paul Sinappan dari Kredit Koperasi Rakyat (KKR) menjelaskan secara keseluruhan:
* cara pengendalian KKR
* menunjukkan contoh borang permohonan pinjaman, buku simpanan, jurnal, buku simpanan kanak-kanak dan lain-lain
* cabaran berdaftar secara rasmi apabila mencapai cukup keahlian Besar kemungkinan KPK akan menumpang atas Kredit Koperasi Rakyat Bhd sementara membina keahlian yang cukup besar untuk didaftar secara rasmi. -
Pendedahan AJK kepada pengendalian KSPP @ Kampar
Pendedahan AJK KPK kepada proses pengendalian KSPP dan juga perlengkapan untuk mengendalikan Kursus Pra-Koperasi untuk ahli baru. -
Taklimat menumpang KKR oleh Paul Sinnappan
Paul Sinnappan memberi taklimat tentang KPK menjadi cawangan KKR sementara mendaftar ahli-ahli KPK masuk KKR. -
Penerimaan Buku Koperasi
13 ahli telah didaftar dan mendapat nombor ahli. Buku-buku simpanan dan daftar simpanan telahpun diserahkan kepada penyelaras Kumpulan Perintis Koperasi. -
Memorandum Persefahaman dengan Malaysian Care
MoU (Memorandum Persefahaman) telah ditandatangani oleh pengarah Malaysian Care dengan Pengarah Jubilee Ministry untuk bekerjasama dalam bimbingan dan kemajuan dalam Kumpulan Perintis Koperasi. -
Pelancaran Kumpulan Perintis Koperasi
Harap hadir:
* Wakil Malaysian Care
* Wakil Kredit Koperasi Rakyat
* Wakil Baxter
* Wakil Jubilee Ministry
* Wakil GGS